BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
# tips jimat ; dry shampoo
hello hello gais. korang penah dgr tak psl dry shampoo? in case ada yg wonder ape tu dry shampoo, ni ha rupanya.

dry shampoo ni tugasnya untuk kita kita ni yg taksuka shampoo rambut malam berhajat nak shampoo esok pagi. and oh tiba tiba terlambat pula ke kelas.( eheh tiba tiba lah sangat ;p ) lalu harus rushing tanpa sempat shampoo rambut yang berminyak euw euw tersebut. untuk yang buntu tu maka akan klasifikasikan hari itu adalah BAD HAIR DAY. tahukah anda, anda takboleh rushing dalam semua perkara termasuklah melabel hari sesuka hati sebagai bad hair day? ini kerana.. kita ada DRY SHAMPOO sekarang!











caranya mudah. spraykan dry shampoo tu ke kulit kepala seterusnya ratakan ke helaian rambut. nanti akan ada serbuk serbuk putih yang tolong serap minyak euw euw tu kat rambut korang. lepastu goyang goyang sikit pinggul eh bukan. goyang kepala sampai serbuk tu luruh dengan sendirinya. amaran: ni bukan aksi headbanging. jangan nak lebih lebih. sikat rambut dan gayakan sesuka hati korangggg. :) tapi fo sho la lepas dah gi kelas sume korang kena shampoo dengan shampoo betul.ni quick fix je pon untuk kita kita yang panic at the disco sangat . yang malas mandi, jangan nak guna benda alah ni hari hari plak. rosak ah kulit kepala korang temy taktahu. aiyok.

malangnya, dry shampoo ni agak pricy juge harganya. kita student yang takberapa nak berduit sangat ni nak nak temy yang duit ptptn nya 3k je untuk 6sem, cececeh alasan guna k segala.dah 3riban je cakap la 3riban. ;p mana tadi? oh ya takde duit kan. jangan risau jangan bimbang have no worries people!! temy ada alternatif. kita guna ni! teehee.


johnsons baby powder. :)



seriously, this acts the same dengan dry shampoo. cuma yang ni takboleh lah nak spray ke kulit kepala. karang minyak takde uban pula yang ada. jangan. caranya tuang sikit atas tapak tangan, kinda ratakan sikit then sapukan ke rambut berminyak euw euw tadi. part yang shake shake shake shake shake that tu memang kena buat lah. lepas tu sikat rambut macam biasa. tadaa. dah selesai masalah. MURAH PULAK TU.

selamat mencobaaaaa. :D
Mr.Big and Mr.Small
am listening to david guetta-memories.

hahaha tibatiba macam update status fb pulak.tp memang status fb temy mcm ni pon. ;p
gaisss ni entri yang dah terlambat sebenarnya sbb entri ni sepatutnya ditulis hari rabu.tapi temy macam malas malas sambil tunggu jojamk upload gmbar mulut sejemput akif nephew ayeh.hihi.so last wednesday, temy&ayeh bwk akif jalan jalan jumpa uncles and aunties.uncle pax ada,aunty epa ada,aunty pejey ada.ramai lah yang ada.aunty joy yang hangat selalu buat striptease untuk akif mestilah ada kan.akif suka tariktarik baju aunty joy kan? pastu pastu nampak perkara yang taksepatutnya baby baby baya akif nampak.auw.tapi akif buat taktahu je?eheh.mestila akif buat taktahu sebab akif takfaham apakah benda iteww. -_-" cuba kalo akif dah besar macam tom(ayeh) mesti akif sangat menyedari kewujudan benda iteww.hahaha.mesti masa tu aunty joy dah tak hingin nak dukung akif manja manja kan? ;p akif.you don't have to be so adorable okay. nak kena geget ke? huarghhh.

baby bonkbonk kesayangan ramai

watching FISHBALL with fiery eyes. bonk,do you have to be this cute?

i love love love this one. alololo.

cakap betulbetul.akif nak ambik alih tempat bermanja i ke?hahaha.
psl comel, takpelah. HAHA. ohmaigod plslah stop merapu temy.

and oh! SORI SORI SORI. on that day juge, temy hang out with iqa and amy. nk upload gmbar, gambar takde. ada satu tapi amy cakap takboleh upload sebab inner tudung dia senget. :'(
alaaa nak upload. hua. anyway, i had a great time with them both. thank youu makcik amy sudah sudi belanja temy makan plus beli baju puffy sama sama temy alto kau punya kaler lagi lawa aku baru realised bila dah sampai rumah. T-T aku selalu macam tu, malang je lebeh.haha.
btw, temy punya puffy's in denim blue. :)

nite people! see you in next entry. :D
a very very very tiring day.
lololololololoooooo.hari ni penat sangat. pagi tadi temankan mama gi buat her regular medical checkup, pegi bank sbb nk active kan balik kad bank mama yang inactive tu psl ALIF TEKAN NUMBER PIN SALAH 4X what the la nak call pon credit takde so memandai2 meneka number pin mama? T-T awesome sangat lah lah kau.kan dah kena block.haha. lepas tu pegi kedai kain beli kain untuk persiapan sem depan. cececeh awal je kau kan. macam nak masuk skolah balik. ehehe.
this is what i bought. thanks ma. i really mean it. thanks a bunch!


ada satu lagi kain xsempat snap. kain perca; kind of. xtahulah panggil apa nak kata perca tak perca sangat. tapi 2meter la. boleh buat blouse. love love love. temy design vintage punya style. nanti dah siap temy upload sini. :D

ya Allah sumpah rasa macam nak kerja kat kedai kain. rasa macam nak kerja rajin rajin supaya bos nampak lalu sebagai bonus bos bagi pilih ape je kain yang temy nak. haha heaven sangat. kalau bos bagi pilih kain perca pun temy nak sebab kain perca kat kedai tu semua tangkap leleh punya style. eheh. macam kompilasi lagu lagu tangkap leleh pulak.

bagitau mama cadangan nak keje kat kedai kain tu. mama gelak kan temy SOB SOB SOBBBBS. T-T mama cakap jangan nak mimpi. bos kata kalau nak kain, dia potong gaji. ma orang cakap psl bonus maaaa. mama gelak lagi. kata mama macamana nak dapat bonus? ye ye je rajin. betol ke rajin. wuu ma perlu ke you meragui kemampuan i bekerja di kedai kain yang teramatlah ku cintai sepenuh hati.

I AM SO IN LOVE WITH THEIR LACE COLLECTION
ada satu tu eh tak dua dua. yang menggamit rasa mendebarkan jiwa menggetarkan bulu mata temy. cantik gila kain lace tu. satu kaler beige macam almost nude. satu lagi kaler turqoise. nak sangat sangat tapi ye lah kena sedar diri. dah amik kain tiga setengah pasang pls lah jangan nak pokaikan mak kau lagi temy. so temy akan tunggu baba balik from KL dan kecek kecek kecek baba utk beli kain lace idamanku iteww. mesti ada yang tertanya2 motip sangat temy gila nak pakai lace? nak kawen ke dik dik non? salah. gelojoh. temy nak buat baju macam camelia ni ha. cantik kan?



temy nak macam camelia pakai yang gambar ketiga bawah tu. tapi temy design long sleeves punya. :)

harap harap baju yg temy hantar tadi sempat siap before wedding eyo & sara. can't wait!
bye peeps!

halu halu semuaaaaa. mak ai boring macam hape je duduk rumah. dah macam mak mak dah temy ni asyik basuh kain, sapu satu rumah (alah kau.satu ke..haha). boring tahu tak. dahla macam basuh baju yang sama je. semalam baru gosok baju tu, eh hari ni dah ada dalam bakul balik? ini dah melampau. hurmm. temy xtahu nak cite ape sebenarnya ni. ;p whatever temy sajikan anda dengan resipi baru temy. cececeh resipi ke dik nonnnn. haha taklah. temy modify skit je supaya tastebuds kite ni tak terbiasa dengan rasa yang sama je hari hari khennnn. nah koran.



sedap sangat nyum nyum nyum hingga menjilat jari.
mula mula amik mangkuk aiskrim. baru la rasa macam makan aiskrim hotel. hahaha. pastuh scoop aiskrim masuk dlm mangkuk tu. (temy guna wall's raspberry.) belah dua grapes. handowww grapes. ye ye ye anggur. eheh. pastu susun santek santek atas aiskrim. last skali. yaaa ni la penyedapnya! letak limau kecik2 tu tengah2 mangkuk. pilih yang masam okayyy. nanti bila makan rasa manis sikit, crunchy sikit, masam banyak. hihi. sedapp.

cubalah sekarang! :D

sori entry kali ni boring skit.terganggu dengan cite lori dara vs duda popular. ;p
ting tang ting tang alexander
haha.hye gaisss. sori tajuk entry tak directly proportional dgn entry kali ni. ohmaigod lamanya tak update blog tercinta. i busy la youuuh. busy tengok tv, busy jadi bibik, busy jadi nurse, busy kena marah isk isk isk sob sob sob. takpelah redho aja. namanya juga org sakit. emosi pun takstabil. takperlu pms baru boleh marah marah. ;p



sekarang ni semua ada kat rumah. mama ada, amin ada, alif ada, mamatok memang dah penduduk tetap kan. sebab sekarang ni cuti sekolah + cuti universiti, so yeah berhimpunlah kami di satu rumah selama lebih kurang dua bulan. -_-" .apsal temy tiba tiba rasa seram sejuk ni.haha. alif bawak balik sweater utk temy hari tu. santekkk. i like it sho sho much. dah lama nak baju kaler camtu. tahun lepas temy ada beli baju kaler macam tu, END UP TAKBOLEH PAKAI SEBAB TAK SEDAR DIRI BELI SIZE S. hihihi. kau ingat kau nak bungkus nangka ke temy. yang ni temy boleh pakai sebab size M. pokoknya suka suka suka lah. rasa macam nak gi genting sekarang juga sebab nak cari alasan pakai sweater.



what say you? yaw yaw imma be imma be. (tgn kepit bwh ketiak dan genggam kunyit beberapa kali. rolling on the floor kalau anda suka)

hurm temy rindu la kat kawan2 tercinta. kemarin dah jumpa epa, apih, wawan, pejey. rara, pax, yus, taz, myra, namy, hanim, joye, effy, tuta, didi, nadin temy takjumpa lagi. gue jadi kangen banget gtu lo sama kalian. ohoii cek mek molek atoii cek mek molek. eheh.

oke itu saja utk malam ni. auw auw romantis nya tulis blog di malam hari. hihi. babai gaisss.
selamat hari raya korban semua :)
ok title speaks for the rest of the entry rasanya.haha. pagi td temy tgk tv. tv3 buat liputan majlis korban kat mane tah lupa ehehe. tp at the end of dia punya liputan tu, wartawan tu ckp, korban bukan hanya bermaksud mengorbankan biantang ternakan tetapi juga mengorbankan sebahagian daripada diri kita. some sort of like that la. temy terfikir, apa yg temy nk korbankan hari ni ya? yaaaaa. temy tahu. korbankan masa bergembira bersama teman teman untuk tolong mama sepanjang hari. sbnrnya, malam raya semalam mama diberitahu oleh doktor bahawa dia ada kencing manis. so she was extremely shocked. me too. bayangkan eh, mama makan nasi skali je sehari. kuih dia tak suka. teh pun dia buat tak manis macam temy buat. tp kenapa mama kena kencing manis. doktor cakap sbb body system mama lemah. hurm. tiba tiba terfikir mesti body system mama lemah sbb lahirkan kami adik beradik. kan org kata, kalau bersalin ni, urat urat banyak yg putus. body system kita pun dah tak sama mcm anak dara. hari ni fyfy ajak mkn kat rumah dia. ayeh pon sama. hari ni birthday akif nephew ayeh kot. so ni la pengorbanan temy hari ni.; masak makaroni, hidangkan semua lauk pauk, set table, basuh pinggan mangkuk, sapu rumah, lipat baju and esok, iron baju. penat sangat hari ni sbb kerja yg selalunya temy buat ngan mama, temy buat sorang sorang. ditakdirkan pulak hari ni period. so agak hazabedah gak la. habis lenguh kaki ahkakkk. oi oi dah tak serius. janji dengan diri sendiri nak serius tadi. eheh. tp walaupun penat seharian membanting tulang hari ni, temy gembira. gembiraaaa sangat sangat sebab temy dah korbankan sesuatu. :D

pengorbanan ini di-notice oleh baba. lalu, beliau menjanjikan temy wang insentif supaya temy lebih gigih membanting tulang empat kerat sob sob sob. :) tq ba.

today ajmal dtg rumah.omg like he is sooo adorable.the nicest baby i've ever met kot. tak nanges sikit pun and for the 1st time in my life tgk baby tak takut dgn baba. HAHA. (puhh-lisss, kalau temy jadi baby pun temy takut. ;p ) but naah. baba ok je. tak garang pon. here's ajmal. alololo.



and saja saja nak letak, gambar rainbow temy snap masa bwk mira pegi beli tiket bas hari tu. cantik kan?



hihi. tak sangka boleh tengok benda cantik kat machangster tercinta. ;)
BEBAS
haha. excited plus happy tahap gila sampai bebas nak kena tulis dengan huruf besar. taknak huruf kecik, tak serius. terima kasih ya Awloh kerana udah menggembirakan temy.(sebut ya Allah macam nabila dalam mutiara hati. taktahu sape? maknanya taktengok cite tu la ye?lupakan.) sumpah rasa macam hilang semua beban dalam otak. rasa macam..nak makan kek secret recipe chocolate indulgence. rasa macam nak beli eyeliner MAC pasar malam. rasa macam nak beli contact lens kaler grey. rasa macam nak jerit kuat kuat, ayeh..aku cinta padamuuuuu! heheh.



sekarang temy masih lagi di kolej. baru lepas lunch dengan kawan kawan tercinta.sukaaaa.dah lama tak makan ramai ramai macam tadi. baba dtg amek pukul 6 nnti. humm lambatnya. temy dah siap packing. ting ting ting. okay tht's all for now. balik rumah nanti temy update lagi. bubye semuaaa.
together we checkered.
AYEH DAH HABES PAPER DIA. dia dah boleh tidur dengan aman tenteram tanpa perlu bangun dengan perasaan depressed sebab kena study lagi. dia dah tak perlu kunci jam lagi semata mata nak bangun study tapi end up berblogging bergoogle perempuan perampuan cantik pula. eh tu temy. tapi ayeh pon sama. eleh. kalau tak macamana ayeh tahu nadia si budak cantik fb ada penyakit tulang? macamana ayeh boleh tahu nadia ikut muka bapak dia? macamana ayeh tahu nadia sekolah all girls school? macamanaaaaaa? T-T sabar temy jangan emo. ahh nyah saja kau ayeh. tak tak. tak boleh nyah. stay stay. tadi pagi lepas ayeh dah habis paper dia, kitorang gi makan sama sama. ngedate. BERDUA. tahu? selalunya kitorang bawak anak anak.
to be suprised, temy pakai baju checkered which is, sama macam ayeh. tak plan eh. ni bukan macam awak nak pakai baju kaler ape jumpa saya japg? putih? yeayyy. saya pakai putih gak eh eh eh eh? BUKAN. ni tak rancam punya.


sama ada temy yang melukut di tepi gantang atau ayeh yang purak purak hot. -_-"




as the matter of fact, i stretched my arm really hard to take this picture. and still, nampak separuh je muka ayeh. HAHAHAHA. maybe another picture of melukut?



snapped by banglayeh. rambut ayeh dh panjang. taksuka. ayeh cakap taknak potong biar panjang baru nampak matured. geliiiii mat mat mat. jambang pun mungkin nak biarkan macam tu je. ya Allah. T_T tunjukkan lah ayeh jalan yang benar.

anyhow, ayeh tetap pujaan hatiku. rindu rindu aduh sayang merindu.

p/s: tadi masa tengah makan ayeh buat lawak geli tekak. rasa macam nak ambik garfu cucuk mata ayeh.
# nail art ; the leopard print.
eveninggg lovely people! paper MGT215 sudah habis tadi siang. hip hip hoorayy. takde la nak kena ingat lagi ape power of leadership, diversity, delegation and so on so forth. tapi act temy aim delegation tu sbb dah 10x tolong explainkan utk hanim and myra.pastu before end of discussion. sekali x keluar. so mcm humm. borrrring. tapi apa2 pun toyol temy tetap berguna. love youuuh cik toyol. oh lupa nak cite psl nail art sebenarnya. ;p lupaaaa doh. sabar ah. baru just now temy paint kukukakikakkakku ni. dah siap temy punya, myra pulak nak berconteng contengan. so temy buat dia punya pulak. tapi myra hari ni gedik nak berflowery flowery. dia nak macam taz punya tapi temy buat macam temy punya. which is, GEMUK GEMUK. ;p

this is the result.


yaaaa.jari gemuk gemuk temy punyaaa. jangan nak kutuk eh ni ladyfinger. satu jari untuk sorang makan .kenyang.



ni pulak myra punya jari. kurus. untuk sendiri sendiri makan. myra kalau malas turun gi beli makanan, dia makan jari dia.


product use:
elianto nail polish in #peach
elianto nail polish in #turquoise
elianto nail strenghtener
MAC waterproof eyeliner

wonder why semua product yang temy gunakan product elianto? sebab.. temy student lagi lah aiyohhh. nanti temy jadi editor majalah nanati besarrrr temy beli la OPI. tu pun kalau kena beli. kalau dapat free free? tu psl temy nak jadi magazine editor. dapat banyak freebies! hihi. tht's all for today.babaii.
# friendship token.
act dah lama apih bagi nail polish ni( gila random apih bagi nail polish as token of friendship ) cuma baru hari ni ada kegigihan nak menulis psl ni. okayy mula 2 kita tgk dulu rupa nail polish itu.


black nail polish dari zaman emo apih.ala zaman yang orang bawak payung hitam macam ceti tu. eyeliner rimmed eyes. haha.tapi apih tak macam tu kan pih? ;p

this and that about apih.
nama: apih tapi temy panggil dia halia bara.
keistimewaan apih: banyaaakkk. apih ni rajin.rajin pegi gym,pastu tido,makan.mempunyai semangat berkobar kobar untuk meneruskan pengajian. depan rumah apih ada hantu yang selalu memerhatikan dia.comel kan? apih kalau pegi mana mana mesti cari tandas.dia memang suka tinggal token kat orang. hari tu selipar apih putus.dia jalan kaki ayam je youuu. apih selalu bayangkan dia sebagai tourist. suka tengok telinga apih bila dia bukak earring dia. telinga dia macam orang etnik sarawak i tell you. unik kan apih? apih baik sbb dia sekarang dah tak muat pakai baju dia zaman dia kurus lalu dia pun offer nak bagi baju tu kat pax. pax pun suka.bila kawan kita bahagia, kita akan dapat pahala.bagus nya apih ni. apih pandai cari gf tau. gf dia cantik muka macam artis. sexayy pulak tu.apih memang beruntung.dengki dengan apih.kalau boleh temy pun nak teman hidup yang sexayy.tapi memikirkan bulu dada ayeh dah cukup sexayy, cukup lah tu. lagi satu apih hebat ada kete honda vroom vroom vroom.tapi tak leh compare evo 11 ayeh. ok kita dah tau bayak psl apih.mari kita tgk sape gerangan tuan yang bernama apih ni.jeng jeng.



look at me people.do i look hot to you?yes i do.
semalam temy naik ke bilik rara,pejey,hanim & pax.kunun kunun nak study la ye.berbekalkan keazaman yang tinggi, disertai slide notes mgt, juga diserikan lagi dengan mata ber-eyeliner (lepas mandi terus teringat psl buat cat flick pakai business card.so try. and jadi.i'll do tutorial on this soon. ;D) temy pun gigih la mendaki setiap tangga untuk ke tingkat 3 semata2 untuk STUDY.yaaaa study ye.bukan mcm pejey temy sampai2 je cakap malam masih muda. sob sob sobbbbb. tiba tiba, hanim cakap dia dah beli eyeshadow palette yang kitorang review sama2 haritu. terus jadi GILA TAK TENTU ARAH HABIS RARA, TAZ DAN HANIM ,TEMY MAKE UP KAN.kan dah tak study.hamek kauuu. rara ah mula mula suruh temy make up kan.kata nak muka macam kim kardashian lah ape. temy try2 je.haha. jadi ke tak xtahu. so ni pic rara semalam after dijahanamkan oleh temy. pic hanim ngan taz xtawla diorang snap ke tak. kalau ade nanti temy update lagi.


tadaa! kejut ke? ;p


temy baru habis nonton the back up plan tadi. sumpah kelakar gila. you should watch it. like, for serious. sorry lah kalau temy so yesterday sikit. to sum up all, cite ni memang ho liao! ;) here's a few scene yang very the funny temy capture.




# on top : zoe being forced to be the focal attention so that the pregnant lady can conceive.HAHAHA.how crazy is that?

# to the bottom : " i think my water just broke! " and everyone slipped because of it.

rating: tadaaaa! 4.5 fer the backup plan.


hello people.hari ni temy nk bagi tips makan berjemaah bersama teman.no no no bukan bawak kain semayang mahupun sejadah.bukan juga berkopiah segala.ini mengenai WANG.ya wang.sebagai seorang student yang makan minum nya masih lagi ditanggung ibubapa walaupun ptptn dah bagi ribu riban duit setiap sem,(dalam kes temy mungkin lagi pathetic sbb hanya dapat 500 utk satu sem.sob sob sobebbb) .yaaaa. where were we just now? oh wang. haa.kita ni kan belum punya income sendiri lagi kan.so duit yang mak bagi tu utk makan sendiri la.mak tak cakap pun nah mak bagi duit banyak ni pergila belanja satu meja makan ye.bukan eh bukan.i mean kalau korang nak belanja dengan seikhlas hatinya tu takpelah.itu lain cite.kecik tapak tangan nyiru temy tadahkan KAN? malangnya, kalau duit tu ada RM20 je, memang utk belanja hari ni dan esok sbb esok baru bapaku pulang dari kerja,bapaku masukkan duitnya.then satu meja buat donno time bayar lalu kau yang berduit RM20 tersebut terkemut2 nak kena bayar semua.tak ke haru biru kau berlapar keesokan harinya?perkara ini jarang2 sekali berlaku kepada saya kerana saya memang tak banyak duit.jadi memang xboleh nak bayar utk orang.hal ini akan berlaku kepada orang yang mempunyai kewangan yang kukuh.jadi orang akan mengambil ringan hal ini.namun begitu, hal ini tetap berlaku juga kepada adik temy. hello dah kalau kewangan kakaknya tak kukuh in what sense pulak adik temy yang masih bersekolah tu nak kukuh?

semalam masa lepak tgk tv kat rumah, amin( adik) cite la pasal dia selalu kena bayarkan utk org.haaa.ni punya pasal la kakanya menyirap membandung sehingga membuat keputusan utk menjadikan isu ni entri blog kali ini.ada beberapa situasi di mana dia kena bayar.oh btw, amin ni memang tak suka marah kawan dia.so dia biarkan saje.adoii kau ingat kau tu dalam rancangan WHO WANTS TO BE AN ANGEL ke??

#1
mereka beramai2 makan kat noodle station.i mean betul2 ramai punya sbb tangan yang ada atas meja tu memang banyak macam tangan mangsa tsunami yang putus2 tu.erk.nampak kepala2 kat meja kan?haa darab dua.gila ramai kan.ok ok mana tadi? ha dah sampai makanan makanye sampai lah juge bil tersebut.memandangkan bil itu hanya kertas biasa malahan kecil pula.maka ianya dibuat donno saje. dah sudah makan, cari la bil itewww. dah cari tapi tak pasti yang mana satu dia punya (kadang2 xjumpa langsung sebab mungkin dah lunyai kena air ape semua) ,maka kawan2 nya mengambil jalan mudah iaitu berjalan keluar dari noodle station dengan perut yang kenyang suka hati fuh hari ni jimat duit aku 10 hengget.tu pun kalau kau makan 10hengget je dik non. maka terpaksa la amin mengeluarkan duitnya utk bayar bagi pihak bil2 yang hilang iteww.

ok here's the solution:
walaupun bil tu dah hilang, kau xreti2 ke nak pegi dekat cashier tengok berapa hengget yang kau dah makan?bayar ajelah.d'oh.kau ingat amin anak donald trump?eh hello donanld trump belum kawen lagi dengan gadis melayu tau.


#2
sekali lagi makan beramai2 lalu tiba2 ada yang kena balik awal sbb mak dah telefon potpet potpet tanya eh kau bila nak balik ni kau nak tidur kat kbmall ke?okay takde masalah.balik la tak kisah pun.TAPI kalau dah kau makan katakan 15hengget tapi kau bayar 8hengget je agak2 kau ni sedar diri tak?agak2 masa order makanan tu tengok harga tak sebelum mentekedarah?mesti tak kann.just to remind takut2 ada yang lupa yang a few restaurant ada tax added value. means, a certain percent katakan 10% akan didarab dengan total yang kita makan tu.ha tambah kan dengan total tadi.kan dah takjadi 15hengget?

here's the solution:
1. masa nak pijak kaki kat kedai tu,check duit dulu ada berapa.ukur duit di wallet sendiri.
2. masa nak order makanan tu, tengok kat menu berapa harga makanan korang.kalau melebihi bajet.jangan makan lagi.tahannn.ambik yang murah sikit.kalau agak2 xcukup jugak tapi lapar jugak,mintak nak pinjam duit dengan kawan.kalau cakap awal2 kan senang.takdela kawan tu tak cukup bajet nanti.
3. dah dapat bil,simpan elok2 nanti nak balik, pergi bayar sendiri.tak payah nak kirim kirim.bukannya xboleh bayar asing asing.bukan apa takut nanti ramai yang kirim kepala pun pusing.
Setakat ni tu je yang amin cite.actually perkara ni pun berlaku jugak pada kawan2 temy.sebab tu mana je temy pergi temy bawak calculator besar gedabak temy tu.senang nak kira.memangla kadang kadang tu takut jugak kawan2 pikir temy ni berkira sangat orangnya.tapi bayangkan eh.kalau temy memang bajet 10hengget je utk sehari.dah bayarkan utk teman teman tercinta pulak.agak2 ape ye menu temy utk esok hari? Mungkin roti sardin je sebab duit tinggal 2hengget je utk esoknya?


Uih panjang la entri kali ni.macam tak pernah pulak temy merapu panjang2 macam ni.haha.lagi satu ni penting punya lah.gila gila punya penting.macam ni, korang pegi makan ramai2.katalah temy.temy lah ye senang sikit nak bayangkan sbb mmg temy je yg selalu takde duit.haha.(kalau ada ayeh,ayeh la penyelamatnya.tapi ayeh takpela dia ehem ehem temy.) ha macam ni.kita pegi makan ramai ramai.korang semua order makanan dalam kes ni order makanan yang kena share macam pizza ke.rojak ke.tomyam mangkuk besar ke.okay.temy dah taw awal2 dah temy takde duit maka temy hanya akan minum sahaja.orang lain je akan makan.atau..memang temy dah betul betul kenyang sampai tak boleh makan dah.maknanya..temy hanya akan bayar utk air jelah kan.tapi kenapa masih ada insan insan yang bayar kurang daripada yang dia makan,lalu terpaksa ditampung pula oleh temy yang kewangan nya sob sob sob isk isk isk hari tu?WHY?


So here’s the ultimate solution:
ingat calculator yang digembar gemburkan tadi? Yaaa inilah masanya utk kita gunakan calculator tu. dah dapat total amount tu,tolak siap2 harga air yang korang minum.lepas tu,remaining amount tu bolehla dibahagikan kepada jumlah ORANG YANG MAKAN. Jadi masalah tak cukup duit takkan timbul dah.

It’s not the matter of being fussy or nak berkira2 sangat.ini mengenai penganiayaan.kalau dalam kes amin tadi memang melampau lah kan.tak baik taw korang aniaya kawan.ingat tu.renung renungkan dan selamat beramal! :D

P/s: panjang sgt ni.ada ke orang nak baca eh?
Rebranding. wohoo!
hello people. temy's back! haha idk how long i've been hibernating okay. seriously there's so many things to write but yeah. u know the laziness can rule anyone. as for the uitm students, this is the season for the final exam. wohoo! spell STRESS ppl!






i've been getting headache like crazy u know. then when i checked, i've already had a migraine. yeah bravo temy. and omg omg omgahhh. i'm too lazy to study. seriously like, why don't someone send me out of this course? not that i don't enjoy study the subject in this course. but it seems like i can't remember what i've read. oh btw i'm taking accountancy. very the pengaruh guru tak sebaya taw. i took the course because i've been influenced by my account teacher who everyday told us that we can get a lotttt of MONEY if we become an accountant. but as day pass by, i realized that it's not only money that can make me happy. i mean for god sake, i love make up, beauty and all that stuff so much. how can i love all the numbers? the statistics? the economy? and omg, the components of the computer? like very very very little thing in it and we have to know every single thing in the computer. HELLO? okay i've to go. yus drop by to use my lappy coz she didn't have the itunes in hers. btw she's just got her brand new ipod. JEALOUS. bubye!