hello people.hari ni temy nk bagi tips makan berjemaah bersama teman.no no no bukan bawak kain semayang mahupun sejadah.bukan juga berkopiah segala.ini mengenai WANG.ya wang.sebagai seorang student yang makan minum nya masih lagi ditanggung ibubapa walaupun ptptn dah bagi ribu riban duit setiap sem,(dalam kes temy mungkin lagi pathetic sbb hanya dapat 500 utk satu sem.sob sob sobebbb) .yaaaa. where were we just now? oh wang. haa.kita ni kan belum punya income sendiri lagi kan.so duit yang mak bagi tu utk makan sendiri la.mak tak cakap pun nah mak bagi duit banyak ni pergila belanja satu meja makan ye.bukan eh bukan.i mean kalau korang nak belanja dengan seikhlas hatinya tu takpelah.itu lain cite.kecik tapak tangan nyiru temy tadahkan KAN? malangnya, kalau duit tu ada RM20 je, memang utk belanja hari ni dan esok sbb esok baru bapaku pulang dari kerja,bapaku masukkan duitnya.then satu meja buat donno time bayar lalu kau yang berduit RM20 tersebut terkemut2 nak kena bayar semua.tak ke haru biru kau berlapar keesokan harinya?perkara ini jarang2 sekali berlaku kepada saya kerana saya memang tak banyak duit.jadi memang xboleh nak bayar utk orang.hal ini akan berlaku kepada orang yang mempunyai kewangan yang kukuh.jadi orang akan mengambil ringan hal ini.namun begitu, hal ini tetap berlaku juga kepada adik temy. hello dah kalau kewangan kakaknya tak kukuh in what sense pulak adik temy yang masih bersekolah tu nak kukuh?
semalam masa lepak tgk tv kat rumah, amin( adik) cite la pasal dia selalu kena bayarkan utk org.haaa.ni punya pasal la kakanya menyirap membandung sehingga membuat keputusan utk menjadikan isu ni entri blog kali ini.ada beberapa situasi di mana dia kena bayar.oh btw, amin ni memang tak suka marah kawan dia.so dia biarkan saje.adoii kau ingat kau tu dalam rancangan WHO WANTS TO BE AN ANGEL ke??
#1
mereka beramai2 makan kat noodle station.i mean betul2 ramai punya sbb tangan yang ada atas meja tu memang banyak macam tangan mangsa tsunami yang putus2 tu.erk.nampak kepala2 kat meja kan?haa darab dua.gila ramai kan.ok ok mana tadi? ha dah sampai makanan makanye sampai lah juge bil tersebut.memandangkan bil itu hanya kertas biasa malahan kecil pula.maka ianya dibuat donno saje. dah sudah makan, cari la bil itewww. dah cari tapi tak pasti yang mana satu dia punya (kadang2 xjumpa langsung sebab mungkin dah lunyai kena air ape semua) ,maka kawan2 nya mengambil jalan mudah iaitu berjalan keluar dari noodle station dengan perut yang kenyang suka hati fuh hari ni jimat duit aku 10 hengget.tu pun kalau kau makan 10hengget je dik non. maka terpaksa la amin mengeluarkan duitnya utk bayar bagi pihak bil2 yang hilang iteww.
ok here's the solution:
walaupun bil tu dah hilang, kau xreti2 ke nak pegi dekat cashier tengok berapa hengget yang kau dah makan?bayar ajelah.d'oh.kau ingat amin anak donald trump?eh hello donanld trump belum kawen lagi dengan gadis melayu tau.
#2
sekali lagi makan beramai2 lalu tiba2 ada yang kena balik awal sbb mak dah telefon potpet potpet tanya eh kau bila nak balik ni kau nak tidur kat kbmall ke?okay takde masalah.balik la tak kisah pun.TAPI kalau dah kau makan katakan 15hengget tapi kau bayar 8hengget je agak2 kau ni sedar diri tak?agak2 masa order makanan tu tengok harga tak sebelum mentekedarah?mesti tak kann.just to remind takut2 ada yang lupa yang a few restaurant ada tax added value. means, a certain percent katakan 10% akan didarab dengan total yang kita makan tu.ha tambah kan dengan total tadi.kan dah takjadi 15hengget?
here's the solution:
1. masa nak pijak kaki kat kedai tu,check duit dulu ada berapa.ukur duit di wallet sendiri.
2. masa nak order makanan tu, tengok kat menu berapa harga makanan korang.kalau melebihi bajet.jangan makan lagi.tahannn.ambik yang murah sikit.kalau agak2 xcukup jugak tapi lapar jugak,mintak nak pinjam duit dengan kawan.kalau cakap awal2 kan senang.takdela kawan tu tak cukup bajet nanti.
3. dah dapat bil,simpan elok2 nanti nak balik, pergi bayar sendiri.tak payah nak kirim kirim.bukannya xboleh bayar asing asing.bukan apa takut nanti ramai yang kirim kepala pun pusing.
Setakat ni tu je yang amin cite.actually perkara ni pun berlaku jugak pada kawan2 temy.sebab tu mana je temy pergi temy bawak calculator besar gedabak temy tu.senang nak kira.memangla kadang kadang tu takut jugak kawan2 pikir temy ni berkira sangat orangnya.tapi bayangkan eh.kalau temy memang bajet 10hengget je utk sehari.dah bayarkan utk teman teman tercinta pulak.agak2 ape ye menu temy utk esok hari? Mungkin roti sardin je sebab duit tinggal 2hengget je utk esoknya?
Uih panjang la entri kali ni.macam tak pernah pulak temy merapu panjang2 macam ni.haha.lagi satu ni penting punya lah.gila gila punya penting.macam ni, korang pegi makan ramai2.katalah temy.temy lah ye senang sikit nak bayangkan sbb mmg temy je yg selalu takde duit.haha.(kalau ada ayeh,ayeh la penyelamatnya.tapi ayeh takpela dia ehem ehem temy.) ha macam ni.kita pegi makan ramai ramai.korang semua order makanan dalam kes ni order makanan yang kena share macam pizza ke.rojak ke.tomyam mangkuk besar ke.okay.temy dah taw awal2 dah temy takde duit maka temy hanya akan minum sahaja.orang lain je akan makan.atau..memang temy dah betul betul kenyang sampai tak boleh makan dah.maknanya..temy hanya akan bayar utk air jelah kan.tapi kenapa masih ada insan insan yang bayar kurang daripada yang dia makan,lalu terpaksa ditampung pula oleh temy yang kewangan nya sob sob sob isk isk isk hari tu?WHY?
So here’s the ultimate solution:
ingat calculator yang digembar gemburkan tadi? Yaaa inilah masanya utk kita gunakan calculator tu. dah dapat total amount tu,tolak siap2 harga air yang korang minum.lepas tu,remaining amount tu bolehla dibahagikan kepada jumlah ORANG YANG MAKAN. Jadi masalah tak cukup duit takkan timbul dah.
It’s not the matter of being fussy or nak berkira2 sangat.ini mengenai penganiayaan.kalau dalam kes amin tadi memang melampau lah kan.tak baik taw korang aniaya kawan.ingat tu.renung renungkan dan selamat beramal! :D
P/s: panjang sgt ni.ada ke orang nak baca eh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itu la pasal temy. some say we're so berkira but we're just want to spend our money wisely. ouch -.-"
betul tu kira. ;)