BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Hello guys! I’m pretty sure kite sume rindu zaman persekolahan kan? Tulah time nak cintan cintan monyet. Org putih kata puppy love whatever gila matsaleh ni ada je unsur anjing dalam kehidupan seharian.buat buat lupa panggilan utk ayeh adalah puppy.but hei.that’s another story.haha.temy punya bukan nak panggil anjing ye. Bukan T-T ramai orang salah faham tu ah ayeh temy nak tuka panggil ayehbo sbb kawankawan start pgl temybo dah sekarang ayeh taknak.katanya dah terbiasa dengan panggilan puppy. Whateverrrrr. Eheh macam diari cinta temy pulak. ;p nvm, I’ll write another post for temy and ayeh pula next time. Tu pon kalau ada yang takgeli tekak baca. Huehehehue. So today, temy nak share zaman persekolahan temy start from darjah 1 until darjah6. Stay tune! Ok temy kalau tak bajet pengacara hugo sangat pun takpe.btw, korang tengok tak rancangan hugo masa temy darjah 4? Tahun bila eh korang kira sendiri ah alah kata pandai math. Haha. Temy sekarang 19 tahun muda belia remaja lagi iolsss.

Darjah 1

First day sekolah temy dah tahu apa makna berdikari. Masa temy kecik2 temy tak tinggal dengan mama baba. Baba jadik cikgu sekolah kat serdang. Mama pulak sambung belajar kat upm. Kalau temy ikut diorang, sape nak jaga temy? So the only person yang tinggal dengan mama baba ialah alif which is the only abang I have. masa temy darjah 1, alif darjah 4. Dia takpe ah laki sape nak usik dia an an an. So temy dengan adik temy,amin which is also the only adik I have stay Kelantan dengan ibu. Ibu ialah kakak kepada mama. Masa tu, ibu takde anak lagi so ibulah yang besarkan kami. Sobs. Ibu pun cikgu jugak so on the 1st day nak masuk sekolah, ibu takleh la nak tunggu temy macam mak orang lain.ibu kena pegi sekolah dia pulak sebab kalau ibu tunggu temy habis sesi sekolah,mak mak budak lain tunggu ibu sampai habis sekolah ke macamana tu?hihihi. so pagi2 dalam pukul 7 macam tu ibu hantarkan temy ke kelas 1kenanga. Ibu carikan meja depan sekali adoi memang carik nahas ah temy pastu salam ibu ape sume, ibu pon berangkat ah ke skolah dia. Next to temy, ada sorang budak ni nama dia Izzati kawan sampai sekarang uolsss tengok ah utuh tak utuh ;p temy taksure whether izzati or sape je tengah nangis standard ah budak2 takut masuk sekolah takut mak tinggal kan mesti ah nangis.temy nak nangis gak sebenarnya tapi dah mak budak tu cakap tengok kawan tu tak nangis pun mak dia tinggal gi kerja. Siot je takjadik ah nak nangis ni. Takpasal pasal kena bajet wanita cekal. Uhh. Masa darjah 1 kan.temy kena lempang ngan cikgu mariaaaam.hihihi sebab cikgu mariam suruh buat kerja dalam kumpulan @ lukis oren masa tu, and turned out that temy the only person yang potpetpotpet dalam group tu siap ajak kawan sebelah tapi biasa ah selalunya yang kepala tu memang takkan siap kerja punya. So yeah. Kawan yang diajak berbual tu eh aku rasa izzati ah budak tu siap lukis, temy taksiap2 lagi. Pastu cikgu mariam pon ape lagi.lempang ah temy hamek kau. Ehehe. Tu 1st time pengalaman rasa tangan di pipi. Manis gak rasanya ade ah payau sikit. ;p cikgu darjah temy namanya encik asnu. Hihihi encik asnu selalu dapat surat cinta dari temy mengatakan temy nak gi kl ni cikgu. Nak gi rumah mama baba. Dalam setahun tu temy rasa adela berpuluh2 gak surat cinta temy kepadanya tu. Takpenah balas. Cikgu balas ngan senyuman je. Takpe ah cikgu senyum pun temy dah bersyukur :’) mau tak bersyukur buatnya cikgu takrela temy bercuti sesuka hati, kena gantung sekolah dah aku darjah 1. Ni memang juvana gila ah kecik kecik dah kena gantung sekolah. Ape lagi eh. Ah! Masa darjah 1 kan temy ngan izzati bawak air teh gi sekolah pastu sengaja letak dalam botol air mineral pastu shake2 sampai berbuih pastu minum pretend macam minum err arak kan ya Allah jahil gila kecik2 dulu T-T pastu jalan macam orang mabuk. Haha. Bongok gila ah dulu. Ehehe. Teringat kalau kat kantin, pantang ada je orang makan berdiri siap ah orang tu nanti pengawas cakap kat dia “makan duduk.” Dua patah perkataan tu je yang pengawas akan sebut kalau kat kantin. Lupa nak bagitahu, temy masa darjah 1&2 sekolah kat all girls school. So macam well mannered gak ah sorang2.

Darjah 2

Darjah dua ni tak banyak sangat bezanya dari darjah satu. Cuma dah pandai buang sampah senyap2 macam jalan ngan kawan kan pastu buat2 tgh cakap pastu buang ah sampah tu. Drop macam tu je tanpa ada perasaan belas pada tukang cuci sekolah. Ehehe. Ampun pakkk. Darjah dua suka gi kedai Garfield yeay! Taktahulah kenapa panggil kedai Garfield walhal takde pon Garfield dlm kedai tu. Selalu gi kedai tu sbb nak beli chocolate balls takpun gi awal2 sebelum masuk sekolah petang sebab nak tengok makcik tuan kedai hias kek pakai icing. Hihihi. Selalunya temy je yang excited nak tengok. Kawan2 semua bo layan je. Hehe. Sebelah kedai garfiled lak ada kedai apa tah taktahu nama temy selalu beli jajan kat sini and also beli guli. Ok serious yang ni temy lupa kenapa beli guli. Mungkin buat koleksi di hari muda? Whatever lupa lupa lupaaa. Darjah dua temy kelas 2Mahir. Mungkin the dumbest student in class kot sebab selalu kena rotan kat tangan dengan cikgu hazmawani sebab lupa sifir.gila ah dulu kena hafal sifir1 sampai sifir12 doh. Pastu kena nyanyi macam siti sifir serious taktipu. Mencik ah. Pastu kan, satu hari ada pertandingan menyanyi dalam sekolah tu. So sape2 yang berminat kena ah gi audition dulu. And taktahu jugak yang ni kenapa walhal bila je temy suka nyanyi? Hahahhahaa . Temy gi audition tu. Hajat di hati nak nyanyi lagu baba black sheep. Budak2 standard ah main tibai je nyanyi taktahu pronunciation ke mana hala kan. Bukan anak cina ni eh anak cina pun pelat au. So temy nyanyi baba black shit hepy2 woo. Ehehe. Sepatutnya baba black sheep have you any wool kan? Eh ke? Hahaha major loser sampai sekarang taktahu lagu yang betul. Obviously lah tak terpilih kan sob sob sob. Start dari hari tu temy insaf T-T

Darjah 3

Darjah 3 mama ajak pindah ngan dia kat kajang. Yahoo! That’s because mama dah habis belajar and dah jadik cikgu sekolah. So temy boleh pindah ke sana yeyeay amin kena tinggal sorang kat Kelantan yeyeay. Darjah 3 temy tinggal kat sungai ramal dalam, kajang. Area yang agak rural tapi takdelah kawasan orang asli ke ape dulu masa temy duduk situ takbanyak sangat development. Last time temy pegi tahun lepas ke tahun ni eh lupa lagi ok baiii boleh consider diri seorang pesakit Alzheimer dah. Ha last time temy pegi, dah sangat sangat sangat pesat membangun dah. Temy sukaaaa sangat tinggal kat situ sebab it’s my second chance of proving I’m an independent young girl. Pagi temy akan gi sekolah agama (kalau area Selangor memang macam tu.kalau pagi kita sekolah kebangsaan,petang kita akan gi sekolah agama.and vice versa.i guess so la sebab takde pon yang tak mematuhi system tu kat area temy tinggal tu) so pagi temy sekolah agama,alif sekolah kebangsaan.mama gi mengajar as well as baba. Sukaaaa sekolah agama although mula2 masuk budak lain semua dah khatam quran temy sorang je takhabis lagi muqaddam. Malu siot. Time rehat je main water ice. Hihi. Main sampai jatuh and pernah one time kain siap koyak agi nasib baik mama tak marah.hihihi. temy dulu darjah 3 jual sticker teletubbies tau. And plslah. Ade orang beli. Hahaha. Takleh blah gila yang ni. Dahlah jual satu sticker tu 50sen. Jahatnya temy.bila temy balik sekolah, mama baba alif takbalik lagi dari sekolah. Ini kerana sekolah agama tamat pada pukul 11 pagi. Maka pulanglah temy bersama jiran sebelah dan depan rumah iaitu wani,wana dan zakiah kite kamu ke rumah masing2.dekat je sekolah ngan rumah 2minit sampai. ;) temy balik rumah,duduk sorang2.bukak tv, tengok cita Paddington bear. Pastu sambung ke inspector gadget. Mama taktinggalkan makanan sebab nanti takut temy bakarkan rumah lak time nak panaskan lauk.better not, gi makan je kat sekolah nanti rehat. Sampai time nak gi sekolah petang, temy mandi siap2 kunci rumah pastu bagi kunci kat cik yah sebelah rumah so that bila alif balik, dia boleh masuk rumah. Siannn kitorang kan? L balik sekolah kebangsaan petang haha boleh buat nama sekolah sendiri. Baba suruh gi mengaji kat qiraati. Time ni lah temy tahu baca al quran. Alhamdulillah. J oh! Masa darjah tiga suka gak gi rumah Fatimah, tapi rumah Fatimah jauh sikit la.mandi rumah Fatimah la.haha. suka sebab kena lalu jugak depan rumah razak. Darjah 3 temy suka razak. Ala semua orang suka razak sebab razak putih gigi berlapis sikit tak ke comel tu? Hehehe. Selalu nampak razak sapu daun kering teman ayah dia yang dah pencen agaknya habis kenapa dia takgi keja? Ha ha. 1st time sambut hari kanak2 and 1st time tahu oh ada rupanya hari untuk kanak2 ialah masa darjah3.tengokkk.rural2 pon curlass mak. Haha.

Darjah 4

Meninggalkan sungai ramal dalam and moving to puchong. Sob sob sob. Sedih sangat tau. Dahlah pesat membangun tak rural cam kajang dah. So dah takboleh nak jalan sesuka hati gi kedai nanti ada orang culik mintak tebusan belas belas ribu camana? Sape nak bayarkan? Tapi sekolah okla. Darjah 4 kelas 4anggun. Ehehe. Cikgu Asiah memang terbaik gila kau memnag the bomb sebab ajar cara yang lebih sistematik untuk jawab soalan math. Dia siap belikan kitorang whiteboard kecik sorang satu so bile dia bagi soalan kita akan cepat2 jawab atas board tu and angkat.sape paling cepat angkat and betul jawapannya memang terbaik ah kan. Baru temy perasan yang cara ni membuatkan kelas takbising and semua macam produktif gila. You’re the best lah cikgu! Cara yang sangat berkesan untuk mententeramkan kelas yang diserikan dengan teriakan kalai selvam dan prabhakaran yang takhenti henti panggil temy ‘belacan’ idk why T_T hina sangat ke belacan. Hahaha emo pula. Tak ah diorang gurau2 je, KOT. Although diorang pernah kurung temy dalam bilik stor belakang kelas. GURAU JE KOT. Gurau je. Darjah 4 temy suka Adli.hihihihi. adli comel oh mata sepet rambut belah tengah erkkk putih macam cinaaaa. Dahlah dia ketua darjah temy penolong kan. Eiyy berbunga2. Tapi Adli suka Nurelyaweniey. L takpe ah budak2 takpe suka dalam hati pon. Sepanjang sekolah kat sk puchong perdana, temy taktahu kenpa yang ni memang pelik gila temy pon hairan kenapa malu sngat nak gi kantin. So yeah,temy tak pernah makan kat kantin masa sekolah kat situ. Nasib baik masa darjah5 temy jadi pengawas so time rehat kena buat rondaan.

Darjah 5

Darjah 5 temy aktif kokurikulum. That’s the most active time for me for the entire life actually. Haha. Temy involved dengan aerobic, gymnastic, persatuan bulan sabit merah, pengawas and all that stuff. Dulu kokurikulum hari sabtu so EVERY SATURDAY temy akan terpacak kat sekolah. Haha very the loyal mak nokk. Ada satu hari tu kan masa koku cikgu bagi mee goreng suruh makan kat kantin, temy pon gagahkan diri gak ah ke kantin.tak ramai orang pon sebab yang rajin gi koku bukannya seramai orang terpaksa gi sekolah hari hari. Pastu kan cikgu takbagi garfu ke sudu ke. Kena makan ngan tangan ah which is temy tengok sorang budak india ni makan gelojoh gila ngan tangan dia macam hantu hantu makan dalam movie. Camtu ah. Eee terus temy takjadi makan. And oh masa ni amin pun dah pindah ngan kitorang sebab dia dah masuk darjah 1 mama dah boleh jaga dia.mamatok pun dah moved in sama kitorang. Fyi, temy takpernah berenggang dengan mamatok except for masa temy darjah3. Setahun sajeee. And sampai sekarang temy tido dengan mamatok :’) darjah 5 pon suka Adli gak walaupun dah lain kelas. Hehe. Hey besties temy masa darjah 4&5 pon izzati jugak! Tapi ni izzati lain la.and still, kawan sampai sekarang. Dia makin cantik sekarang auw hugs. Oh ya. Darjah 5 rumah temy berpindah ke Bandar baru bangi tapi sekolah still sekolah yang sama fuh nasib baik. Penat ah tiap tiap tahun nak kena perkenalkan diri dalam kelas. T-T hujung tahun darjah 5, temy pindah ke Kelantan balik. Sebabnya mama& baba dah boleh bertukar ke Kelantan. Sedih sangat sebab mama bagitau sehari sebelum nak pindah. Temy tak sempat nak say goodbye kat satu sekolah. Sempat babai babai ngan classmate je wuuu. Eh lupa temy ada sorang lagi bestfriend. Nama dia syafiq muka macam cina. Syafiq I know there’s a tiny chance for you to read my blog but still, if you read this pls contact me asap. PLEASE ya diulangi please. Hihi. Aku rendu banget deh sama kamu. And temy jugak teringin nak jumpa liyana baharis who wrote amazing novel at that time. Gila tak gila budak darjah 5 tulis cita cinta sampai buat temy nangis. Gila tak gila tak? Liyana baharis I’d like to see you now! Untung2 aku takpayah gi beli novel kat kedai. Haha.

Darjah 6

Temy di sk Islah, kota bharu Kelantan. Hihihi kelakar sangat masa 1st day sebab temy kata my former school was sk puchong perdana .habis satu kelas malu nak cakap ngan temy sebab diorang taktahu nak cakap apa plus takut terkeluar slang Kelantan. Haha. Sampai budak sebelah temy, anis redzuan rasanya masa tu tanya, “awak dah ada jadual kelas?salinla saya punya” temy pun jwab “ ok takpolah nati sayo salin” (ok takpelah nanti saya salin) haha. Terkejut si anis. Dia macam malu2 sebab dia mengambil masa yang agak lama sebenarnya untuk tanya temy tu. Mungkin dia guna teknik temy nak mintak apa2 dengan mama iaitu kira 123 dalam hati baru tanya? ;p kat islah temy ada few besties. Ada fatin nabilah, delin, yayah. Yayah dah nak kawen ouh bulan 1 tahun depan. Dia kawen ngan pilot siot je kau dapat pilot kan. Hehehe I’m happy for you yang. Semoga kekal ke anak cucu. Semoga dimurahkan rezeki. Semoga cepat dapat anak. Ok baiii ni bukan karangan ucapan untuk yayah. Anyhow, temy hepy sebab semua kawan kawan temy membesar dengan hebatnya sekarang. Setakat ni takde lagi la temy dengar ada yang masuk penjara ke ape. Alhamdulillah semua Berjaya.

Ok I guess that’s all for the junior edition. Tunggu aja edisi senior nyaaaa. Bubye lovely readers!

3 comments:

haha. comel je cite temy waktu kecikkkk..
temy mcm syeera jgk..byk pindah randah. tuka skoloh sopmo. mcm org eskimo. haha.

tahu xpo.dahla temy and goodbyes doesn't go hand in hand.haha

Anonymous

hi fatin~ long time no see.. dunno how i got here but terkejut tetibe nmpk name i kt dlm post ni.. LOL
mcmner nk contact u??

Post a Comment